ViTA PRODUK



ikankeliPuchong,
Bercakap mengenai produk tambahan ikan yang mana menjadi sebahagian penting dalam industri ternakan khususnya hidupan air. Telah menjadi tumpuan seakan tradisi kesihatan ternak. Lihat sahaja dijualan kedai2 pancing misalnya cukup ramah dan banyaknya. Produk2 ini yang pelbagai bentuk dan kegunaan seperti yang bersangkut paut tentang kesihatan ikan.

Hari peranan penghasil produk beralih tumpuan dimana produk kimia dan tanpa kimia yakni produk hasil dari bahan mesra alam. Malaysia hari ini telah membuktikan percakapan tanpa kimia itu menjadi bukti walhalnya negara2 lain telah memulainya. Berdasarkan kesedaran yang mengatakan ianya (mesra alam) lebih baik daripada sebelumnya telah diiktiraf menjadi satu badan besar yang punya pasaran besar dan permintaanya.

2009 ikankeliPuchong juga mengambil tindakan sama unjuran penghasilan produk tempatan yang memihak kepada kesihatan ternakan. Ianya terhasil dari pemikiran nyawa darat tidak jauh beza yang bukan darat. (Manusia dan haiwan). Hasil pemikiran ini tercetusnya apabila sistem ternakan diganggu gugat parasit2 yang ada. Melihat akan situasi ini kerugian barangkali hampir dan menjengah ternakan tersebut. Akhirnya sampai ketahap kerosakan daya tahan ternak dan kematian dengan jumlah besar menopoli ternakan.

Produk2 yang diberi nama ViTA 1 dan 2 ini telah terbentuk melalui analisis kekuatan bahan2 yang ada. Percantuman melalu fermentasi (peragian) ianya menukar inzin2 tersebut menjadi satu daya perikatan kesihatan. Produk2 ini yang menariknya adalah selain menjadi satu kekuatan tubuh ianya juga memainkan peranan sebagai rawatan serta mempunyai vitamin yang tinggi. Produk Vita 1 dan 2 ini tidak gusar untuk digunakan kerana pembuatan tanpa bahan terlarang juga difikirkan melalui peranan dan trend hari ini. ViTA produk akan menjadi kebiasaan kepada pembeli kerana produk yang murah dan ramah amat baik untuk kesihatan ternak serta memenuhi kehendak kesihatan ternak.

MENGAPA PERLU ViTA PRODUK
Seperti penerangan2 yang lain menyentuh tentang budaya ikan ianya selalu di ingatkan dan diberi perhatian terhadap tumbesaran. Ada juga yang menyatakan nafsu makan ternak, parasit, pH dan macam2 lagi berhubung peringatan ternak punca dan ganguan. Ada juga yang memperlihatkan kepada pH terjaga, namun tergelincir dari tumbesaran, ada juga yang menyatakan tumbesaran tinggi namun ketandusan usaha daya kerja yang banyak seperti penukaran air yang kerap dan sebagainya, Produk-produk 2 dalam 1 juga iaitu produk keseluran aspek keperluan ikan hingga penjagaan terkawal namun ketidak seimbangan dengan nilai harga turut menjadi faktor kegagalan penternak. Ini catatan dan keluhan yang diterima sebagai pencetus penghasil produk Vita yang murah ramah dan berkesan.

Produk ViTA ini selain dari tujuan untuk ternak ianya juga boleh diurus untuk tanaman. Selain menjaga kesuburan tanaman ianya juga menyentuh tentang kesuburan tanah dan serangga perosak. Uniknya produk ViTA ini walaupun ianya melalui fermentasi (peragian) ianya tidak dilabel cara pengunaanya iaitu dicampur dengan air tanpa klorin, tempoh hayat dan kepanasan. Namun adalah terbaik ianya terhindar dari kepanasan tinggi kerana ianya dikuatiri menurunkan aktiviti2 susunan yang ada didalam produk ini. (Berubah)

TINDAK BALAS PRODUK
Jika diperlihatkan dan kegunaan kepada ikan, dimulakan dari asuhan kerana ianya akan memperkenalkan menjadi kebiasaan terhadap bahan makanan campuran. (Tanaman bergantung kepada pengusaha). Berdasarkan pemerhatian dari umur ikan iaitu rega setelah diperkenalkan makanan berunsur pelet, produk ViTA ini mencatatkan utama dari sistem ketahan tubuh, Keduanya ia tidak terlalu lapar (mengurangi rakusan, sifat keli). Penghadaman juga mudah bagi ikan lantaran menjadi penggalak tumbesaran serta mengatasi ikan yang tidak terbabit dengan ViTA produk. Selain itu ianya juga memainkan peranan terhadap pengekalkan dari unsur bacaan pH.

Kesungguhan ViTA bagi membantu pertumbuhan ikan cepat selain mengurangi kematian oleh parasit ianya mengandungi unsur2 vitamin tinggi terhadap kesihatan antaranya :

Mengandungi Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, dan mineral (Kalsium, Potossium, Ferum) yang terkandung didalamnya khasiat sebagai Antioksidan, mempercepatkan pertumbuhan sel dan rawatan serta mencegah pembentukan zat karsinogen (pemacu kanser) yang semuanya dapat terjadi secara semulajadi.



ikankeliPuchong 2009
ViTA produk memenuhi ciri2 keperluan kesihatan ikan sebenar,
murah dan ramah dari unsur pembuatan bebas kimia dan kekotoran serta mampu dimiliki.

Sedia payung sebelum hujan, mencegah itu lebih baik merawat
jimat masa dan tenaga dan akhir kata

IKAN SIHAT KITA KAYA...huak...huak..huak huak..He..hi

SELAMAT MENCUBA DARI APA YANG KITA ADA UNTUK SESAMA, wasalam

PRODUK IKAN KELI ORANG KAMPUNG


MAKANAN KELI PIKOK
Bahan makanan yang diperbuat dari bahan-bahan tanpa meragukan baik dari kebersihan dan juga bebas dari unsur bahan terlarang. Makanan yang mempunyai kadar protein cukup buat sang keli dan seimbang dengan kadar harga jualan.



TINJAUAN 2008
1. Tindak balas dari pengusaha yang ditaja dari segi pemakanan ini, 80% menyatakan tumbesaran ikan lebih memberangsangkan (kuat) dari sebelumnya.

2. Ikan yang diberi makanan ini selalunya tidak memilih makanan lain kerana makanan ini dirumus kuat untuk keperluanya.

3. Dengan makanan ini selain dari memenuhi citarasa keli ianya juga telah dirumus khas untuk ketahanan tubuh seperti antibiotik (mesra alam)

APA ITU PIKOK ?
PIKOK adalah singkatan dari "Produk ikan keli orang kampung". Bahan makanan ini tidak ada peringkat awal, pertengahan dan akhir namun setiap perubahan peringkat usia keli, hanya ditambah dengan satu produk cairan VITA yang juga menjadi bahan makanan tambahan keli. ianya bertujuan meningkatkan daya tahan tubuh selain menyedapkan daging ikan. Bahan makanan diperkaya dengan karbohidrat, protein dan mineral ini dari unsur bahan yang memiliki protein tinggi. Selain PIKOK, cairan VITA juga mengandungi vitamin A,B,C, DAN D.

Kadar berat 20kg jauh lebih murah jika dibuat perbandingan dengan bahan makanan yang ada di pasaran. Dengan makanan PIKOK bukan sekadar harganya murah malah apa yang penting bahan makanan ini dapat mengimbangi keadaan nilai ikan dipasaran. Penternak tidak lagi gundah ikan keli tetap bertambah, unit kolam pula berubah dan paling happy pengusaha keli kian bercambah. BERBALOI-BALOI..

CAKAP-CAKAP MURAH
Iye ke...Untung ke...
Kalau keli dengan jumlah sekilo memerlukan 2kg pellet dan harga belian pelet sekilo RM2.10 (katakan) atau lebih malang lagi dengan RM4.00 kemudian jualan ikan dipasaran 1kg keli RM3.00...pehhh dan pasti dot..dot..

Mudah-mudahan dengan kadar harga sekilo tak sampai RM1.90 dapat menyumbang kegiatan keli yang lebih menguntungkan.

PUNCA DAN SEBAB IKAN MATI


1. Kekurang oksigen
2. Kualiti air terlalu kotor dan berbau
3. Pemberian bahan makan yang berlebihan
4. Kandungan ammonia yang tinggi (toksik)
5. Kadar jumlah perlepasan ikan terlalu padat (sendat)
6. Pengurusan tidak sistematik dan tidak teratur

CARA MENGATASI PERMASALAHAN
1. Tukar air baru (jika tidak mudat ianya hanya melibatkan 30%)
2. Pastikan pemberian makanan tidak berlebihan (faktor kekotoran air)
3. Guna alat pengudaraan (kitar air)
4. Jumlah perlepasan anak benih mengikut saiz kolam
5. Penggunaan teknologi EM
6. Sering buat pemantauan dari semasa ke semasa

AKIBAT KECUAIAN DAN SAMBEL LEWA
1. Kadar kematian tinggi
2. Tumbesaran ikan terbantut
3. Tempoh ternakan yang panjang
4. Kualiti ikan rasa hanyir / berbau (Penting)
5. Pengusaha mengalami kerugian besar

PENGETAHUAN ZAT MAKANAN





Pemilihan zat makanan bukan hanya untuk manusia malah seperti haiwan juga memerlukan zat-zat tertentu untuk kehidupanya, iaitu untuk menghasilkan tenaga, mengantikan sel-sel yang rosak dan untuk tumbesaran. Zat-zat yang diperlukan adalah : PROTEIN, LEMAK, KARBOHIDRAT, VITAMIN, MINERAL DAN AIR.


1. PROTEIN
Protein sangat diperlukan oleh ikan, baik untuk tumbesaran mahupun untuk menghasilkan tenaga. Protein nabati (tumbuhan), lebih payah dicernakan daripada protein haiwan (Binatang), disebabkan kerana protein nabati terbentuk didalam dinding selulosa yang memang susah dicernakan.

Pada umumnya, ikan memerlukan protein yang banyak daripada haiwan-haiwan ternakan didarat (unggas dan mamalia). Selain itu, jenis dan usia ikan juga mempengaruhi pada keperluan protein. Ikan karnivora memerlukan protein yang lebih banyak daripada ikan herbivora, sedangkan ikan omnivora berada diantara kedua-duanya. Pada umumnya ikan memerlukan protein antara 20 – 60%, dan secara optima 30 – 36%. Protein nabati biasanya tidak banyak (miskin) metionin (sejenis asid amino biasanya terdapat dalam daging haiwan), dan dapat disumbang oleh tepung ikan yang banyak (kaya) metionin.


2. LEMAK
Nilai zat lemak dipengaruhi oleh kandungan asam lemak esensialnya yaitu asam-asam lemak pekat atau PUFA (Poly Unsaturated Fatty Acid) antara lain asam oleat, asam linoleat dan asam linolenat. Asam lemak esensial ini banyak terdapat di tepung kepala udang, sotong dll. Kandungan lemak sangat mempengaruhi faktor tumbesaran ikan. Keperluan ikan akan lemak berbagai-bagai jenis diantara 4 - 18%

3. KARBOHIDRAT
Karbohidrat yang berasal dari bahan baku nabati. Kadar karbohidrat dalam makanan ikan, dapat diambil 10-50%. Kemampuan ikan untuk memanfaatkan karbohidrat ini tergantung pada kemampuannya untuk menghasilkan enzim karbohidrat. Ikan karnivora biasanya memerlukan karbohidrat sekitar 12%, sedangkan untuk omnivora kadar karbohidratnya mencapai kadar 50%.

4. VITAMIN
Apabila ikan ternakan kekurangan sumber vitamin, maka disinilah punca kehilangan nafsu makan (selera makan). Dengan gejala ini perubahan-perubahan seperti kurus, warna abnormal, hilang keseimbnagan, gekisah, lemah, bakteria, pembentukan lendir dan pelbagai lagi. Untuk menjadikan ikan tetap sihat, vitamin perlu disediakan namun keperluan vitamin dapat mempengaruhi tumbesaran ikan, umur, persekitaran dan suhu air.

5. MINERAL
Mineral adalah bahan un-organic yang diperlukan oleh ikan untuk pembentukan rangkaian tubuh, proses metabolisma dan mempertahankan keseimbangan osmotis. Mineral yang penting untuk pembentukan tulang, zat dan sisik adalah kalsium, fosfor, fluorine, magnesium, besi, tembaga, kobalt, natrium, kalium, klor, alumunium, zink, dll.

Makanan semula jadi biasanya telah cukup mengandung mineral, bahkan beberapa dapat diserap dari dalam air. Namun pada umumnya, mineral-mineral ini didapati dari bahan makanan. Oleh itu, beberapa macam mineral yang penting perlu ada pada proses pembuatan makanan ikan, selain kandungan zat, ada beberapa bahan tambahan dalam penghasilan makanan ikan. Bahan-bahan ini ringkas, diantaranya : Antioksidan, Pengikat dan Pelazat. (sebagai daya tarikan). Sebagai antioksidan atau zat anti busuk dapat ditambahkan, vitamin E, vitamin C, etoksikuin, dan lain-lain dengan sukatan 150 – 200 ppm.